Grooming

Kaedah Grooming

Sebelum menunggang



1. Sediakan peralatan grooming, baldi yang berisi air bersih serta 3 helai tuala yang bersih untuk mengelap muka dan badan kuda, tuala yang lebih besar digunakan setelah selesai memandikan kuda iaitu setelah kuda di scrap dengan menggunakan scraper. Peralatan ini hendaklah disediakan sebelum mengeluarkan kuda dari dalam stable.






 
                                                         
2.Sebelum mengeluarkan kuda dari dalam stable pastikan kuda di hoof pick terlebih dahulu. Ini bertujuan supaya dapat memeriksa keadaan kaki kuda dalam keadaan baik sebelum ditunggang.













3.Bawa kuda ke tempat yang sesuai untuk digrooming dan ikat kuda dengan ikatan simpulan hidup (quick release knot).
   




4.Gunakan curry comb dan buat putaran arah bulu kuda. Curry comb digunakan untuk menanggalkan habuk yang berada di lapisan bawah bulu kuda, selain itu curry comb dapat menanggalkan bulu-bulu lama yang berada pada badan kuda. 





5.Gunakan body brush untuk membuang bulu-bulu yang tertanggal serta kotoran sejurus selesai menggunakan curry comb.
6.Lap muka kuda dengan menggunakan tuala bersih yang lembab, kemudian sikat mane kuda dengan menggunakan mane comb.





 














7.Lap badan kuda dengan menggunakan tuala yang lembab, (pastikan bukan tuala yang digunakan untuk muka).


Selepas selesai menunggang

1.Buka bridle dan pasang head collar


2.Ikat kuda dengan selamat dengan menggunakan ikatan simpulan hidup (quick release knot). Pastikan kudadiikat kiri dan kanan dan mempunyai tali anak.


3.Tanggalkan saddle


4.Gunakan curry comb untuk memecah peluh di bahadian badan kuda.


5.Hoof pick dan berus tapak kaki kuda dengan menggunakan dandy brush dan letakkan minyak kuku.


6.Mandikan kuda dengan menggunakan sponge dan berus yang sesuai


7.Scrap badan kudadengan menggunakan scraper dan lap dengan tuala yang kering.(pastikan bahagian kaki kuda dilap sehingga kering)

8.Keringkan kuda dan masukkan kuda ke dalam stable.







1 comment: